Aku masih lagi tercengang melihat Najihah yang menangis tanpa sebab . Kenapa agaknya ?
'' Kau memang kawan yang suka khianat orang kan ? ''
Seiring dengan kata itu , aku mendapat 'hadiah' di pipi aku . Ya , hadiah terbaik sepanjang 15 tahun ini ketika hari jadi aku . Ya Allah , apa yang Maisarah telah lakukan ? Rakan-rakanku yang lain pantas menarik Maisarah agar jauh daripadaku apabila Maisarah mula mengangkat tangan untuk menamparku sekali lagi . Air mata aku pantas jatuh tanpa aku minta .
'' Mai , kenapa ? Kenapa Mai ? Kau cakap dengan aku , kenapa Maisarah ? '' keras aku bertanya .
'' Cukup berlakon . Kau ingat aku tak tahu kau suka dengan Syafiq selama ini ? Kau ingat aku bodoh ? Sanggup kau ! Kau kawan aku , Alisha Balqis ! Sanggup kau ! '' balas Maisarah dengan air matanya .
Sekali lagi jantung aku terhiris dengan kata-katanya . Maisarah tidak lepas memandangku yang masih lagi bingung . Aku terdiam tapi mata aku tak pernah berhenti mengalirkan air mata .
'' Mai , Balqis tak salah . Kita sebagai manusia , memang akan ada perasaan suka . Tak salah , Cikgu Zamirah pernah kan pesan dengan kita , bila terbit perasaan suka atau minat . Tu kan lumrah untuk kita , remaja macam kita '' bidas Alia membela aku .
'' Betul apa yang Alia cakap . Cuba kau bagitahu aku , pernah kau lihat Qis mengorat Syafiq ? Pernah ke ? Cakap Maisarah ! '' suara Najihah menggeletar . Aku terpaku melihat Najihah menangis . Dia menangis untuk aku ?
Aku memandang Najihah . Mataku terus merenung Najihah , dengan harapan agar dia tahu aku sedang mengucapkan terima kasih .
'' Aku tak kira . Tapi , dia minat kat Syafiq . Pakwe aku . Dia bukan tak tahu aku couple dengan Syafiq . Aku benci kau , Balqis ! Benci '' marah Maisarah .
Aku pantas menggeleng . Aku berjalan ke arahnya sambil memegang kedua dua belah tangannya .
''Mai , memang aku salah . Aku jahat . Jahat . Maafkan aku , ye ? Aku janji lepas ni , aku takde perasaan dah dengan Syafiq . Lagipun , aku dah lupa dia sejak aku tahu kau dengan dia . Demi Allah , Maisarah . Aku sayang kau . Kita kawan ye ? '' pujuk aku . Aku tak mahu kehilangan seorang teman seperti Maisarah . Aku rasa mungkin dengan cara aku mengalah , akan melembutkan hati Maisarah .
'' Balqis , bohong ! Ingat senang ke nak lupa orang yang kita suka ? '' herdik Maisarah .
Kami yang berada disitu diam seribu bahasa . Biarlah Maisarah melampiaskan marahnya terlebih dahulu .
'' Hrm , aku malas nak cakap lagi . Balqis , hari ni saat ni aku putuskan persahabatan kita . Kau jangan cara pasal aku lepas ni . Jangan cuba nak dekat dengan aku atau Syafiq . Ingat tuuu ''
'' Ya Allah , Mai . Kau sedar tak apa yang kau cakap . Kita kawan dah lama , dah tiga tahun .Takkan sebab lelaki , kita macam ni . Takkan , Maisarah . Aku taknak . Aku taknak '' aku berkata dengan esakan .
Maisarah pantas mencari jalan keluar meninggalkan aku yang sudah tersandar di pintu bilikku . Rupa-rupanya , pergaduhan ini menjadi tontonon ramai pelajar aspuri . Mereka melihat dengan seribu tafsiran . Aku lihat Maisarah pantas meninggalkan aku .
'' Balqis , biarkan dia . Kau ada aku . Kau ada kami '' kata Najihah sambil memelukku . Tanpa aku sedari , air mata yang tadi sudah kering kini gugur lagi . Gugur dan terus gugur .
*************
Ketika prep petang itu , pelajar lelaki kelas aku sibuk bermain bola di dalam kelas . Bising . Setelah seminggu kejadian di bilik aku berlaku , aku semakin menjadi seorang yang pendiam . Terus aku keluar menuju ke kelas Alia dengan buku Matematik . Ketika itu , aku lihat Maisarah sedang berborak dengan temannya di luar kelas aku .
Aku nampak dan sedar dia menjelingku . Aku buat tidak tahu . Tiba tiba aku terdengar suara Najihah memanggilku , lantas aku berpaling .
Tapi , bukan Najihah yang menarik perhatianku . Tapi , bola yang menuju ke arah tingkap kaca yang bersebelahan dengan tempat Maisarah berdiri . Aku tahu kaca itu akan pecah apabila terkena bola .
Lantas , aku berlari ke arah Maisarah . Pantas aku menolak Maisarah ke tepi , hingga dia terjatuh .
'' Ehh , perempuan apahal ni ?! '' kedengaran Maisarah menjerit
Itu kata kata yang aku dengar sebelum aku menutup mata . Aku dapat rasa belakang badanku dicucuk cucuk . Sungguh aku tidak mampu untuk bergerak lagi ketika itu .
'' Balqis !! "
**********
Aku mengemaskan barangku . Aku memasukkanku baju , makanan , seluar ke dalam beg yang telah Ibu sediakan . Najihah hanya memandangku tanpa menghulurkan bantuan .
'' Jihah , kau memang taknak tolong aku ke ? ''
'' Taknak . Nanti kau pergi cepat ''
Aku tergelak kecil . Setelah kejadian aku ditimpa kaca tempoh hari , pihak hospital telah mengesahkan bahawa aku tidak boleh banyak bergerak dan membuat kerja untuk membantu memulihkan aku sepenuhnya . Dan setelah kejadian itu juga , ayah telah menghantar surat berhenti sekolah aku ke pihak sekolah . Ya , aku akan belajar ke sekolah harian selepas hari ini . No more hostel life . Aku faham akan kerisauan yang melanda Ibu dan Ayah aku . Aku lah satu-satunya permata mereka yang ada . Aku faham itu . Sudah tentu mereka mahukan yang terbaik untuk aku .
Selamat Tinggal , Sekolah Menengah Sains Abdul Razak . Selamat Tinggal , guru dan teman .
Ketika aku menunggu ayah aku sampai untuk menjemputku pulang ke rumah , Alia menyampaikan pesanan bahawa seseorang sedang menungguku di luar aspuri untuk menemuiku . Bila aku bertanya siapa , Alia berkata '' Kau pergilah tengok sendiri ''
Perlahan aku atur langkahku ke luar aspuri . Syafiq Azhar , lelaki yang pernah aku puja hendak menemuiku . Aku sedikit terkejut . Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim , aku melangkah mendekatinya .
'' Assalamualaikum , nak apa ? ''
'' Waalaikumussalam , kau sihat ? '' tanya Syafiq
'' Alhamdulillah . Ada hal penting ke ? '' aku mengajukan soalan kepadanya .
'' Tak , aku nak mintak maaf atas apa yang Maisarah cakap . Aku tahu kes kat aspuri tu . Budak kelas aku ada cerita . Lagi satu , aku nak ucap terima kasih sebab selamatkan Maisarah . Kalau dia sakit , aku taktahu aku macam mana hari tu '' ucapnya tulus .
'' Small matter . Dia kawan aku . Eh , aku nak pergi dah . Rasanya ayah aku dah sampai . Bye , Assalamualaikum ''
'' Balqis , thanks for everything . Good Luck ! '' laungnya .
Aku pantas berpaling dan tersenyum .
Kini , aku dalam perjalanan ke rumah bersama Ibu dan Ayah . Aku sibuk melayani perasaan . Betul kata Maisarah , aku tidak boleh melupakan Syafiq begitu saja . Jujur aku katakan , hati ini masih lagi tercoret satu nama , Syafiq Azhar . Tapi , aku tahu masa boleh membantu aku memudarkannya . Meratap bersedih bukan jalan terbaik , kan ? Cinta ada di mana-mana , cinta tak perlu dicari , ia akan datang sendirinya . Percayalah , kalau sudah ditentukan takdir , ternyata dia bukan untuk aku .
Setelah kufahami ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah yang mengerti kamu
Bukanlah diriku ..
Kini maafkanlah aku
Bila aku menjadi bisu kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku terbatas tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku
Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu
Meski hatiku menyanyangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu
Bukan Diriku-Samsons
The End , Much Love ,
iqahZ :)
p/s : ini sambungan cerita kat belog lama . Mula mula , rasa macam taknak buat sebab frustrated kononnya kena buat belog baru . Tapi , ade kawan nasihatkan supaya habiskan cerita tu dulu .
fuhhh , selesai jugak akhirnya . Assalamualaikum :)