Hai semua penduduk bumi . Hai makhluk asing yang sentiasa melambai dari Planet Marikh . Please jangan datang bumi -____- Hai bakal mertua aku . Hai kawan kawan. Hai cikgu . Hai jiran sebelah rumah . Hai cleaner sekolah aku . Hai Pak cik Guard yang kadang kadang menjengkelkan tapi mereka cuma jalankan tugas . Tak lupa , Hai Auntie and Uncle Dewan Makan . You all lupa letak garam lagi eh ? :)
Oh , saya lupa . Assalamualaikum semua . Kalau awak Islam , awak wajib jawab . Jadi jawab dia macam ni , Waalaikumussalam :)
Hari ini , aku nak cerita pasal tabiat pelajar asrama .
Orang perempuan kan , ce teka diaorang suka buat apa ?
Siapa dapat jawab , nanti aku bagi Choki Choki . Nak tak ? Nak latuwwww :D
Kay , orang perempuan kan mereka kan mereka suka sangat bercakap . Tahu tak apa tu bercakap ?
Bercakap = Talking ! :)
Tapi , bila cerita pasal orang perempuan . Mesti ada lah suara yang berbunyi macam ni
'' Eleh , diaorang bukan bercakap je tu . Mengumpat sekali ''
Tapi , lelaki pon sekarang macam nak lawan je kan fakta yang dikemukakan di atas . Apehal ? Diaorang jealous kot :* Kalau bab mengumpat , fuhhhhh . Lelaki pon dah up-to-date sekarang . Diaorang memang perghhhhhh lah . Thumbs up ! :D
Tapi , hari ni , I nak cerita pasal perempuan okay . Perempuan means Girls . Girls yang kuat bercakap sangat sangat . Sampai menimbulkan perasaan jengkel pelik mushkil . Apa yang aku nak share ni semua berdasarkan pengalaman aku 15 tahun duduk di muka bumi ini xD dan pengalaman aku 3 tahun menjadi penghuni aspuri !
Contohnya , bercakap dalam tandas . Biasanya budak Form 1 (Ecececeh , padahal aku pon sama) . Perkara macam ni lah yang selalu buat aku bengang + frust + pening + tension ! Auwwwww . Ha , I can see you all macam selok selok nak tahu . Teruja latuwwwww (asal w je mesti panjang . Kenapa ? Hihi)
Situasi 1
Si Joyah jumpa si Maimunah di tandas .
'' Eh Maimunah ! Long time no see . Kau buat apa kat sini ?''
Diterangkan di sini , Si Maimunah ni sedang bawak tuala dan bucket mandi ye . Dah sah sahlah Si Maimunah ni nak mandi . Boleh pulak Si Joyah ni tanya . Ish ish ish . Si Maimunah dengan rajinnya jawab soalan bodoh cerdik rakannya.
'' Eh , Joyah . Nak mandi ni . Bla bla bla bla''
Suka sangat beramah mesra dalam rumah syaitonirojim ni tau . Eiii , tak senonoh D:
Kalau aku lah kan ditanya macam yang Joyah tu tanya , boleh tak aku nak jawab macam ni ? Aci kan ?
'' Hmm , aku nak beli sayur sebenarnya kat sini . Rasanya Mak Cik Munah tu jual lagi sayur kat dalam ni (sambil menunjukkan ke arah shower)''
Situasi 2
Masih lagi di dalam tandas . Kalau kat tandas , sibuk nak tahu hal orang . Dah tahu kat tandas tu mestilah semua orang sibuk nak menguruskan diri masing masing . Personal thing , I mean . Dah tu , cara lah hal sendiri je . Ni tak , pok pek pok pek . Bla bla bla bla bla . Haishh , geram aku . Aku ni kan , aku ni , aku ni , hmmm , aku ni sebenarnya , sebenarnya , aku ni kan .
PRAAAANGGGG !!!
Aduh (sambil pegang pipi) Fuhh , kena tampor dengan Fareed Tamil sebab cakap sekat sekat . Alaaa , you ni tak syiokkkk betul . I baru nak garau gurau dengan readers I . Okaylah sayangku Fareed Tamil , I tak cakap gagap dah .
Okay sambung balik . Hmm , aku rimas betul mendengar perbualan mereka (masih lagi ditujukan pada Junior . Hehehe) Dah lah borak entah apa apa . Kalau borak tu mereka berdua je yang dengar takpelah . Ni tak , satu aspuri boleh dengar . Sorang dalam shower ni , sorang dalam shower ni . Bercakap , mak aiiiiiii . Kuat gilaaaa -__________- Antara perbualan yang menyenangkan menyakitkan hati ialah ,
JENG
JENG
JENG !
'' Maimun ! Kau dah masuk shower belum ? ''
'' Maimun ! Kau shampoo tak kali ni ? Kalau kau shampoo . Aku nak jugak . Pagi tadi aku tak sempat shampoo . Botol shampoo aku masuk lubang tandas ''
'' Maimun , dah sabun ke ? ''
''Maimun , dah siap ke . Nak cuci muka dengan gosok gigi kat luar ke ?''
'' Maimun ! Aku punya pencuci muka Loreal Paris nak habis . Mesti ada orang kebas nie . Maimun , dahlah pencuci muka aku ni mahal . Sedih aku ''
Kfine . Memang lah semua orang nak tahu pasal botol shampoo dia kan . Memang lah orang nak tahu pasal dia guna Loreal Paris . Haihh . Geram . Tape , sabar Iqa . Senyum senyum :)
Situasi 3
Situasi ini di tandas lagi okay.Pengugut . Kakak senior memang suka ugut . Tapi ni kesah tahun lepas . Kak Dur Iffa ah sokmo ugut aku . Hihihihihi . Dah lah dia ada stalk belog aku . Takpela , kalau Kak Iffa bukak , saya ingatkan kisah tu balik kay . Hehehehe O____o
'' Lama lagi ke ? ''
Pertanyaan ini akan diajukan yee . Dan diikuti dengan ayat di bawah .
'' Nanti kalau dah siap , masuk bucket warna Orange okay ? Terima Kasih ''
(Pelajar Aspuri kan berbudi bahasa)
Satu hari tu , aku tak ada mood sangat . So , bila Kak Iffa tanya aku lama lagi ke ? Aku tak jawab . Senyap je . Hihihihi . Mood tak baik sangat hari tuu .
Tiba tiba ,
Kak Iffa cakap ,
'' Ada orang ke tak ni , saya kira sampai 3 , kalau tak saya bukak ! ''
Aku cuak lah kan . Dahlah shower tu kunci rosak . Memang kebanyakan semua macam tu . Perghh terus aku menjerit dengan merdu '' Eh , ada . Ada orang ! ''
Perghhh , malu gila ah dengan Kak Iffa waktu tu . Muehehe .
Situasi 4
Akhirnya , aku dah taknak cerita pasal tandas . Bosan dohhh . Ni nak cakap pasal puasa . Ramadhan kan nak dekat . Terharu rasa . Dah 15 Ramadhan aku tempuh . Ramadhan mestilah kena puasa kan . Apa itu puasa ? Jap . Budak PMR nak jawab ni , Puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari . Amacam Ustaz ? Fullmark , kay .
Biasanya bila on the way nak bukak puasa tu kan , bising gila lah Dewan Makan . Macam pasar . Banyak kali pengawas buat '' Shhhhhhhhhhhhh '' . Tapi , semua tu hanya sementara je . Pastu bising balik . Tak gaya macam orang puasa -_______- Muehehehe , tapi bila je azan berkumandang , semua senyap menunduk dan melahap dan melantak makanan . Apa kes ? Beradab sangat lah tu waktu makan padahal semua kebulur :D
Hehehe . Aku ada story nak share . Awal tahun ni , aku ada puasa . Puasa apa ? Puasa ganti ke puasa sunat tu biarlah rahsia kay .
Balik sekolah tuu , Aku lepak dengan Kak Iman dengan Kak Aini atas katil mereka . Biasalah , waktu tu dah detik akhir akhir sebelom both of them move to another school . So , memang kena spend time ah . Kak Aini bawak keluar biskut Chipsmore tak silap aku . Dia hulur dekat aku . Aku cakaplah aku puasa . 5 minit lepas tu , Rabi'ah bawak karipap DM , dia hulur kat kitaorang bertiga . Aku tanpa sedar ambik lah sama . Aku , Kak Iman , Kak Aini , ambik dua sorang tu . Aku pon makan lah . Dah habis dua tu , aku rasa macam lapar lagi . Aku usik lah Kak Iman kan nak ambik dia punya . Tapi , tiba tiba Kak Aini cakap ,
'' Iqa , Iqa bukan kata puasa ke tadi ? ''
Aku dengan pantasnya berlari menuju kelongkang dan terus kumur . See , memang aku lapar gilaa ahh . Sekarang , bila aku puasa budak bilik aku mesti cakap .
'' Kak Iqa , ada makan karipap tak hari ni . Hehehehe ''
Semua yang aku cerita hari ini ialah
benar semata mata benar . Segala nama yang telah
dirembat adalah lakonan semata mata . Ni semua perangai manusia yang dah
ditegur tapi still tak boleh ubah .
Dah jadi adat agaknya . Apa yang aku cerita , kadang kadang aku buat jugak . Hihihihihihihihihihihihihihihi (panjang gelak)
Nota lutut : Panjang kan entry ? -__________- Ergh , first time entry panjang kot :D
Nota ibu kaki : Dah mengantuk . It almost midnight . Huarghh (menguap kononnya)
Goodbye , readers .
Minggu depan aku tak balik.
Sila rindui aku .
Selamat Berpuasa .
Assalamualaikum , Nite :D