Saturday, 17 September 2011

Hai. Ini entry last.






Tengok tajuk entry. Yes, this is my last entry sebelum saya pergi berperang. Andai saya tumpas disana, maka blog ini akan dilupuskan. Dan, akan disemadikan di sebelah makam Nokia Slide saya yang lama. Dan, awak rasa macam nak bagi pelempang dekat saya. Nah! Silakan silakan. Tapi, hati hati saya akan bukak Silat Gayong. Nanti kaki awak terlipat. Ouh, dush. Tembak aku sebelum aku merepek lagi. Grrrr =='




Aku hampir lupa untuk bagi salam. Maklum, sibuk berperang.Assalamualaikum. Jangan nangis. Saya tahu kalian merindu saya. Kui kui -,-

Ihik. Dah, untuk pengetahuan readers yang omey omey, ini entry saya yang last semasa saya bergelar Candidates PMR 2011. Nanti bila saya update lain kali, mungkin saya akan tulis YES YES banyak sebab saya dah habis berperang atau mungkin saya akan tulis keresahan hati saya menanti result. Saya tak tahu. Bila fikirkan itu saya jadi takut. Takut. Perkataan itu yang ada pada diri saya sekarang.

Takut gagal. Takut tak boleh. Takut tak boleh tunaikan amanat. Takut batch kami dipandang rendah oleh Cikgu. Takut batch kami rosakkan reputasi sekolah. Takut Cikgu putus harapan pada kami. Takut pandang wajah Mak Ayah yang penuh dengan harapan , berharap agar satu satunya anak mereka berjaya. Aku takut aku hampa. Aku seolah olah membawa keluarga aku nanti di dewan peperiksaan. Sekiranya aku kalah, sekiranya aku jatuh, maka mereka juga akan jatuh menyembah bumi. I don't want.



Tapi, aku tahu aku boleh. Dengan usaha, doa aku, doa Mak Ayah, doa cikgu. Insya-Allah, kami boleh. Yes! The word 'kami' stand for Batch SHAKS 96. Tak lupa untuk bestfriend aku waktu sekolah rendah. Etc, Azwanie, Corrina , Iqmal, Fakhrullah, Syazul, Akmal, Afiqah , Corrina, Syafiq Zin, Syafiq Zakaria, Husna, Syazana, Izzah Ruslan & ramai lagi. Gosh, rindunya korang (^^)

Aku harap aku dapat jadi kuat sekuat SpiderMan & Batman. Hoping so.


Ouhh. Tak sabit -_________-''



Okay. Sekarang mesti budak budak F3 sibukkan mintak SBP sini lah sana lah situ lah. Berbagai bagai. Hohohoh. Ada yang tak berkeinginan-nak pindah pon ada. Macam aku. HAHAHA. Okay. Tapi aku still mohon jugak. Kalau ada rezeki adalah kan? Tadi bukak Group Batch SHAKS dekat Facebook, ramai yang macam menyesal sebab salah tulis info/salah pilih aliran/salah tulis no IC/salah mintak sekolah. Hm, maaflah tak dapat eden nak nolong. Aku pon tak reti jugak(^^,) Kita dah mintak SBP Temerloh. Mak suruh. Hehehe :D


''Nanti kalau Mak tak boleh datang jenguk, boleh suruh Usu yang datang lawat Iqa nanti. Mak taknak Iqa duduk jauh sangat. Situ cukup."

Okay. Sambung cakap pasal aliran. It divide into 4. Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama, Sains Teknikal. At the first sight, aku dah pening. Hahh. Nak ambik aliran mana wehhhhh. Aku share dengan Hawa masalah aku ni, Hawa suruh buat solat Istikharah. Tapi tak sempat. Lol. Cikgu nak Ahad jugak. Haishhh. Dengan persetujuan Mak, aku pilih aliran Sains Tulen Agama. Ihik. 
Bagi aku, sangat membazir aku belajar Arab for these three years kalau aku tak teruskan belajar naik F4. Insya-Allah aku boleh! :)

:)

Okay. Sekarang bergantung pada rezeki & usaha usaha usaha aku nanti.


Depends on me now.






Urghhhh.


 



Saya, Nur Atiqah mohon ampun dari hujung tudung hingga hujung tali kasut. Saya juga mohon anda mendoakan saya untuk saya PMR ini. Semoga dipermudahkan :)






Okay. Bye. Assalamualaikum.

''Don't stop believing in Allah S.W.T''

Friday, 2 September 2011

Picture Error.

Assalamualaikum. Hai. Nah aku tunaikan janji.

Sila senyum sampai telinga :)














That's all :)


Okay. Raya ni tak banyak gambar. Ambik gambar dengan Family pon tak banyak.
So sorry!



Okay. Kbai. Korang takkan jumpa aku dah. Aku tak balik dah lepasnie selama sebulan :)
Sila rindui aku <3


Doakan aku PMR :D






Assalamualaikum.