Saturday, 27 August 2011

Aidilfitri.




Assalamualaikum. Salam Aidilfitriiiiiii :D
Hari ini dah 2 posts aku post. Memang aku bosan. Lalala.
Tapi, post kali ni penting. P.E.N.T.I.N.G!
Kenapa?

Sebab post ni post Aidilfitri :)




Uhuk. Okay, Aidilfitri tahun ni aku sambut dengan Mak aku je. Ayah aku pergi kerja. Kfine, sedih sebenarnya. 5 Syawal baru balik. Huuuuuuuu~ 

Takpe, Atiqah Zakaria kan dah besar. Dah matang. Pandai lahh fikir Ayahnya bukannya buat apa. Cari duit, cari rezeki. Untuk sape? Untuk aku jugak kan akhirnya. 
So, SEDIH TIDAK DIBENARKAN :)

Heee. Tahun ini aku tak balik Perak. Tak balik Sungai Klah. Tak dapat tengok budak budak tu selok selok nak ajak Asu main bunga api. Tak dapat nak bukak puasa ramai ramai lebih 15 orang. Syiookkkk. Tak dapat nak berebut tilam dengan tempat bila nak tidurr. Krohkrohhh .__________.Tak dapat jumpa Pakwe Fadhilah atau Skandal Kak Nyah iaitu Syukri kat rumah sebelahh. Muehehe. Wuuu. Sedihh :(

Ehehehe, kalau dulu dulu kan. Aku lah manusia paling mengada nak mandi dekat Hot Springs. Readers tahu tak kat mana? Atototototo, Hot Springs Sungai Klah tu, yang best tu. Kalau dah pergi,mesti nak pergi lagi tuu. Well. Kalau awak dah pernah pergi, saya nak cakap ni, AWAK DAH PERNAH DATANG KAMPUNG SAYA! *clap your hands*






#sumbangan ihsan dari Encik Google.com! :D

Okayy, rasa macam dah lari point utama post entry ni kan? Hm, sebenarnyaa kan aku kan entry ni kan untuk tuuuuuuu, orang Perak sanaaaaaaa. Kat kampung sanaaaaaaaa, kat Sungai Klah yang rasanyaaaaa dah lama aku tak jejak :(

 Actually baru lepas chatting dengan Kak Nyah tadi, and we were talking about this coming Aidilfitri and about who is the 'orang kuat' and which family will celebrate this first Syawal at Opah's house :') Damn, she made me feels something. Like missing my Opah deeply........

Sudah menjadi satu kewajipan kemandian kemestian, buat aku & family balik rumah Opah tiap tiap tahun bila Aidilfitri menjelang. Sobsobs! Tak kira lah untuk Raya Pertama kee, ape ke. Tapi tahun ni? Huwaaaaaa. Tak boleh balik (sambil hentak hentaak kaki atas lantai sampai lantai nak pecah *tipu) Okay, kenapa tak boleh balik? Sebab Ayah kerja. Mak I yang comel tu tak berani bawak kereta naik turun Genting. And plus, I have no confidents on her. But who knows, one day. She will turn to be such a strong woman. Cehhhhh, takde kena mengena kott. HAHAHA :D Bila Ayah boleh balik, kenapa tak balik Perak? Syawal kan satu bulan, lama kott? Okay, 7 Syawal dah start sekolah. Means, aku kena balik asrama 6 Syawal. And for your information, aku and other F3 SHAKS tak boleh balik. We need to struggle for this PMR xD!

But no worries, Ayah tetap balik jugak nanti.


Again, without me :'(



Okay, di kesempatan ini, saya, Nur Atiqah Zakaria ingin menyusun sepuluh jari tangan tambah sepuluh jari kaki memohon maaf kepada keluarga besar di Perak ye. Ehem, kalau perangai yang buat terasa hati ke harap dimaafkan. Iqa tak jahat, nakal SIKIT je :) Ihikk, kepada Abang Japar, usik mengusik tu adat lah ye. Jangan simpan dalam hati. Nanti mati. Aiyooyokk, tak tahu tak tahu. Fadhilah, jaga Syukri elok elok. Amanah ni ;) Muehehehe.

Hm, nanti doakan lah ye kejayaan anak-anak yang baik ni nak berperang di dewan peperiksaan mengambil PMR. Doakan untuk Miera, Munirah dan tuan empunya belog ni okayy :) Tak lupa untuk anak kecil yang nak ambik UPSR, Ijat :)
Hehehehe. Salam Lebaran :*

semakin banyak ahli, semakin aku suka. Weeeee --'




Oh, semua dah ada yang punya kecuali yang kebiruan tuuu. Tu je kosong :)

Ini geng geng ibu ibu gojes :)

Kanan-Opah, Kiri-Scha Al Yahya :O





nota siku yang tajam : Okay. Malas nak cucuk pendrive. So, I upload gambar yang ade kat dekstop je.Heheheheheheheheh. Sorryy .____________.




#Senyuman manis buat kalian. Okay, tu baju Australia. 
Satu soalan, agaknya siapa yang bagi saya baju Australia ni?
Kalau boleh jawab saya bagi duet raya!

Readers, again Sorry for everything.

 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.



#Sila tunggu saya online nanti bersama gambar raya :)

Friday, 26 August 2011

Sahabat.

Assalamualaikum Readers. Salam 1 Malaysia. Salam Aidilfitri aku hulurkan dari Kuantan.

Ahlan Wasahlan , people :)
Well, taknok bagi pendahuluan banyak banyak. Nanti karang melepas ke Surabaya .___.
Tajuk harini ape ye kawan kawan?
Kalau tahu, jerit kuat kuat kuat sekuat sekuatnya :D
Biar semua orang dengar. Biar diaorang tahu yang aku bukan sahabat yang baik.
Hm, harini nak cakap pasal tacing tacing sikit. Baik takpayah baca sebab nanti korang merungut cakap, ''Errr, Minah ni meluahkan perasaan pulak kat sini'' . Dipersilakan untuk tekan x dekat atas belah kanan. Eh, jangan tekan lagi. Saya nak cakap ni , 

This is my blog and one more important thing , I don't live my life to impress you and changes myself only because of you or you neither you! Thank You :)


Sahabat ialah orang yang rapat dengan kita. Tak kira waktu tu kita senang ke susah ke. Yang tak pentingkan diri sendiri. Sahabat juga yang selalu ada di samping kita waktu mendapat kesusahan. Even dia tak boleh tolong, tapi dia still ada untuk beri kita semangat atau nasihat :)

Alhamdulillah, aku dah temui sahabat yang dedifinisikan kat atas ni. Tapi aku bukanlah seorang pelajar yang hebat dalam subjek Sahabat ni. And surely aku masih lagi belajar & belajar. 

IN, dah lama aku tak cakap dengan kau kan. Semenjak hari Fizah pergi Kem Pandu Puteri. Lol. Lama gilaa. Aku dah pernah bagitahu kau yang aku tak merajuk tanpa sebab. Anything happens for a reason, dear. Aku terasa dengan kau. Aku kecik hati dengan kau. Tapi kau buat tak endah pasal perasaan aku. Yes, aku tahu aku siapa. I'm not good enough to be your friend, right? Sebab tu kau tak kesah pasal aku. Sebab tu kau tak kesah if aku tak cakap dengan kau. You have many friends and you will never do this kind of shit to them, right?

Aku ingat lagi waktu tu minggu F3 tak balik, ada kelas tambahan. Aku cakap dekat Fizah , aku mesti bagi surat dekat kau. Sebab minggu depan, nak Ramadhan dah. 2 minggu after that, kita nak Trial PMR. Creepy kan? Aku ingat lagi aku cakap dalam surat tu, 
 Kenapa IN kenapa kau tak usaha nak cari tahu pasal kita? Kenapa taknak tahu apa punca aku tak cakap dengan kau ? Selama ni, selama kita tak cakap hampir 2 bulan, kenapa IN. Bila kau buat macam tu, aku andaikan diri aku takde maknanya untuk kau.

Malam tu jugak aku suruh Fizah bagi. Waktu semua budak F3 tengok cerita Mohhabatein dekat atas. Kau nak tahu something, aku nak sangat tengok cerita tu. Tapi aku memang takboleh naik sebab kau ada dekat atas. Aku takut tengok reaksi kau, aku tahu kau akan gelak tengok betapa kalutnya aku siap bagi surat lagi. Aku tahu andaian aku betul. Fizah mengiakan mende tu sebab dia ada depan kau bila kau baca. Hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya hati aku waktu tu. Dalam surat tu jugak , aku mohon maaf dari kau. Maaf atas dosa yang aku kumpul sebab tak cakap dengan kau.


Actually, aku tak harapkan pon balasan dari kau. Tapi esoknya lepas aku balik outing, aku nampak ada surat dalam loker aku. Depan tu ada tulis, IqahZ. Aku tahu tu surat kau. Aku kenal tu tulisan kau. Aku baca. Sayangnya, isi surat kau langsung tak sama dengan apa yang aku harapkan. Puas aku cari perkataan maaf atau sorry dalam tu. Takde. Langsung tak ada. Sebaliknya, kau terus tuding jari terhadap aku, dan bercakap seolah 100% salah aku. Memang aku dah delete gambar kau dalam Facebook. Memang aku crop gambar kau. Tapi tu semua aku buat bila aku tak tahan dengan sikap kau yang acuh tak acuh dengan perasaan aku. Ini ke kawan? :(

Kau cakap jugak kau dah usaha dah. Aku nak tanya kau tanya siapa. Semua kawan aku cakap , kau tak pernah jumpa diaorang. Dan tanya, ''Kenapa Iqa tak cakap dengan aku?'' . Tak ada! Jangan tipu aku IN. Dah banyak perkara yang kau buat aku nangis .__________. Jangan seksa aku lagi. Ya Allah, IN , aku cuma perlu tahu yang kau pernah ambik tahu pasal aku. 




















Aku sayang kau. Demi Allah.

















Tapi, kenapa kau sanggup buat aku macam ni.






























Aku reda. Aku sedar siapalah aku untuk judge kau. Untuk judge apa yang kau dah buat. Takpe, kita biar Allah yang tentukan. Biar Allah balas apa yang setimpal dengan apa yang telah kita lakukan. Inilah aku yang gagal dalam persahabatan.





Even ramai yang taktahu aku ni sensitipppp orangnya. Memang aku tak pernah nangis. Aku tak pernah nangis public. Rasanya Yah dengan Fizah dah muak tengok aku nangis. And, I feel safe with them :D


Dear Allah,
Thank You for Giving me this valuable chance to know well them.
Thanks because you give me to borrow them for this short while.
Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah...




Ouhh. Interneettt buat gilaa. Sampai sini je upload gambar. Okehh.

Assalamualaikum.









Selamat Berbuka :)

Perbezaan.


Sila senyum. Hari ni dah ke-26 Ramadhan. Alhamdulillah bulan Ramadhan tahun ini berjalan dengan baik buat diri aku, rakan serta keluarga.

Tapi diselitkan juga perasaan sedih. Ramadhan nak berakhir. Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan, pintu neraka ditutup dan seksaan kubur diberhentikan buat sementara waktu. Banyak cabaran bulan puasa ni, tapi semua pahit getir itu akan dibalas nanti. Balasan yang setimpal.

Persoalannya, akan bertemukah aku dengan Ramadhan yang seterusnya ?



Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia. Nak MERDEKA! Hoorayyyy :)
Alolololo. Macam gempak je kan bila Merdeka dengan Aidilfitri jatuh pada hari yang sama atau nak dekat dekat je kan. Puihhhh, seronoknya! 

Seronok nak nyanyi lagu M.Nasir yang satu hari di hari raya, dua hari di hari raya, tiga hari di hari raya, hari hari kita sambut raya. Ohhh, gembira...

Seronok nak kibar Jalur Gemilang dengan tampal bendera Malaysia dekat atas bumbung kereta. Seronok nak nyanyi lagu ni, Tanggal 31 bulan lapan 57, Merdeka Merdeka Merdeka Tetaplah Merdeka. Ia pasti menjadi sejarah. Oh, waktu kecik kecik dulu. Budak budak memang suka merosakkan lagu ye. Betul tak? Tipuuuuu lah kalau tak tahuu! Ala, diaorang tukar lah lagu tu jadi yang Tanggal Seluar Dan Baju tu. Haihhh. Kecik kecik dah pandai gataiiii naaaa. Ish ishhhh .______________.

Seronok nak habis PMR! Ouhhhh, LAGI INDAH DUNIA. Rasa macam aku lah yang paling happy. Hehehe. Padahal sape yang lahir tahun 1996 memang gembira rasa macam boleh petik bintang di atas langit lah kan? Saborrr je laa ~


Okay, back to main topic kayyy. Dah jauh dah kita berlari sampai ke Selatan Thailand. Karang Afiq cakap Selatan Thailand tu Johor lahhh, Perak lahh. HAHAHAHAHAHA. (budak kelas aku je faham)

Kfine, tengok aku dah nak lari tajuk lagi. Mencikk lah camnie --'
Aku nak cakap pasal Perbezaan Ramadhan tahun lepas dengan tahun ni. Berbeza gila.

Ramadhan tahun lepas, aku tak serius buat tarawih. I mean selalu tinggal.
Ramadhan tahun ni , aku tak tinggal tarawih at all. Alhamdulilah.

Ramadhan tahun lepas , bila bawak makanan waktu prep. Plastik yang berisikan sedikit makanan diletakkan bawah meja budak lelaki. And, the next day. Buat buat terkezuuttt dan menjerit. "Hadi! Kau tak puasa!" *This is not jahat, but this is what we called NAKAL*
Ramadhan tahun ni, takdekk keje wehhh buat cenggituuuu. Study welawehhh :D

Ramadhan tahun lepas, tak selalu dengan Sharifah Fadhilah Syed Fuzi. She is my twinnieeee and I love to fight with her. Haiyaakkkkk ._____.
Ramadhan tahun ni, sokmo ahh dengan dia. I love Youuu.

Ramadhan tahun lepas, kami (kawan kawan aku lah) selalu paling lewat balik prep.
Ramadhan tahun ni, kami antara  yang TERAWAL balik sebab dah selalu kena marah dengan Pakcik Guard yang garang tu yang selalu bawak batang besi paip merata tuu. Amma Delhi lahh :P

Ramadhan tahun lepas, kalau terawih kat surau sekolah, mesti kami ambik port kat luar surau.
Ramadhan tahun ni, kami ambik port kat dalam. Lagi depan, lagi bagus ? Kan? ><

Ramadhan tahun lepas, aku mengagumi seseorang. Puas aku tepis perasaan tu.
Ramadhan tahun ni, aku dah berjaya membenci dia. Tolong ah mati T^T. Adakah aku buat permintaan yang kejam? =.=

Ramadhan tahun lepas, hati ni tak berdebor pongg nak ambik PMR.
Ramadhan tahun ni, hambekkk kau! Berdebor tak sudohhh -_________________-


Okayy, panjang pulak aku tulis. Ehem, ada lagi sebenarnya. Tapi aku dah MALAS nak tulis.Kbai.
Assalamualaikum & Selamat Malam Bulan Bintang :)

#Aku rasa nak bom bom orang yang main mercun kat luar rumah akuuu :D

Dan untuk awak, 




Thursday, 25 August 2011

Dasar Perempuan !

Aku tak suka. Aku benciw. Aku benciw. Aku tak suka kau rampas pakwe aku. Kau ingat senang aku nak couple dengan dia? Bapok payah nya! Kau tak rasa susahnya bila terpaksa risik plus rasuah Ayah dia , suruh dia terima aku. Tiba tiba, kau datang. Dengan senang, tanpa diminta. Kau jadi ratu hidup dia. Aku benci kau dan kau. Both of you!


Huhuhuhu. Kenapa sayang? Cepatnya awak berubah hati. Awak tak ingat ke saya berpeluh peluh , susah senang saya dulu nak dapatkan awak. Kenapa? Awak langsung tak kenang jasa saya. Bukan ke saya yang ada dekat sisi awak time awak kaya. Kalau awak miskin, yola saya tinggalkan awak. Awak nak tahu something tak? Saya nak jujur neh. Nak tak? Okay, orang yang baca ni kena tipu mati matian hidup hidup! saya rasa orang yang baca ni mesti ternganga luas luas seluas Laut China Selatan dah. Hello! Korang kena tipuuuuuuuuu .___________. Booooo! Kfine, tak lawak pon. Boooooo untuk aku :*



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

*Sila ambik masa untuk jawab. Kalau tak dapat dosa!*


Hohoho. Aku bosan sebenarnya, Heheh. Sebab tu mengarut dekat atas tu. Hihihi.

Bukan apa, sengaja je nak try marah marah dekat blog pasal pakwe kena rampas dekat blog. Nak jugak tahu nikmat atau kelebihan maki maki readers dekat blog. Rasa seronok ke sampai selalu sangat caci caci readers yang tak bersalah. Tadi aku dah try sekejap, dan aku tak rasa seronok pon --'

# Maaflah kepada gadis gadis yang diluar sana. I tak faham lah you all ni. Bukan apa aku sebagai readers, menyampohhhhhhhhhhh bebenor bila suka lepas kegembiraan kemarahan kat merata rata tempat. Tepi tandas, kaki lima , parking kereta ke haaaa kat blog pon boleh! Haihhh, rimas! Gambar elok ahh cun je. Pakai shawl lilit lilit kepala macam mummy dah. Bukan emak atau ibu atau umi, tapi yang HANTU MUMIA tuu. Boleh tercabut bulu mata kakak sepupu aku tauuu. Geli geli geli . So, renungkan apa aku cakap. Biar renung sampai berlubang skrin PC tu okayyy! PEACE NO WAR!



Kbai, sampai sini je untuk kali ini.



Aku pernah cakap benda ni banyak kali, tapi aku juga suka ulang supaya korang ingat!

Entry pendek untuk korang agar tak lupa aku dan sentiasa ingat aku. Salam Lebaran.

Aku mohon dari hujung rambut hingga hujung kaki. 
Readers, terima kasih. Haters, forgive me :>
Aku juga manusia biasa. Tak lepas dari alpa. Sekali lagi, maaf :)


Assalamualaikum. *sila jawab*






nota penting : TRIAL DAH HABIS! :D


''Awak kena ingat , Aidilfitri tiap tiap tahun ada, PMR cuma sekali'' 
                                                                                            - Cikgu Suharti :)



nota kedua penting: Lagu, Bruno Mars - Talking To The Moon. Sengaja bagi dengar Instrumental punya. Takde lah bingit sangat kan. I love You!

Friday, 19 August 2011

Hello. Say cheese.

 Apakah suratan Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampuanan ku pohon sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang ku menanti dengan hati rela.

Assalamualaikum.
Rasa macam nak nyanyi lagu raya sangat sangat sangat dah ni.
Ketaq ketaq lutut tahan nak nyanyi sangat dah ni. HAHAHA.



Apa khabar kalian? Sihat?
Perut tengah nyanyi lagu apa agaknya? Mesti sibuk mendendangkan lagu raya. 
Hari ni dah 19 Ramadhan, sekejap je kan?
Alhamdulillah, tarawih tak tinggal lagi :)

Okay. First sekali , aku nak cakap terima kasih buat siapa siapa je yang sudi melahirkan simpati atau sedekahkan Al-Fatihah buat Iwan lepas baca entry yang ini.

Aku tak berniat untuk tagih simpati siapa siapa. It all depends on the readers. Apa yang kau orang nak cakap, cakap lah. Korang yang menilai. Cuma aku nak cakap,

''berat mata memandang, berat lagi bahu memikul''

Aku yang rasa peritnya. Cukup. Cukup. Aku tak mahu sedih. Tak mahu.
Terima kasih buat yang faham aku. Buat yang jadi sandaran aku. Buat yang ambil berat pasal aku. Aku terharu sebenarnya. *muka serius okay*


Berjuta penghargaan buat dia.

Saya tak tahu kenapa.Tapi saya sayang dia.



Second, trial PMR. Percubaan. Percubaan memang cubaan untuk diri aku :]



Tiap kali aku sujud di sujud akhir, aku mohon agar Allah tenangkan hati aku.  Agar Allah mudahkan aku menjawab soalan.

Tiap kali aku dapat kertas soalan, sambil melawan gugup di hati, aku baca doa. Aku doa sungguh sungguh. Bila Cikgu suruh semak kertas soalan. Aku berhenti sejenak dan aku mulai tenang.

Tiap kali aku rasa bila aku sedang khusyuk menjawab soalan, aku terhenti di soalan yang aku rasa susah. Aku baca surah Alam Nasyrah (melapangkan). Itu pesan mak.
Dengan Nama Allah Yang lagi Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu melakukan sesuatu urusan, maka kerjakan dengan sesungguhnya. Dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap. (Ayat 5-8)


Tiap kali Amir datang untuk kutip kertas periksa. Aku doa pada Allah. Aku katakan aku sudah usaha , aku sudah berdoa. Kali ini, aku hanya tawakal padaMu.

Kini, tinggal 3 kertas lagi. Aku mohon doa kalian. 

 *kenapa aku cakap serius semacam je ni? Mesti pelik kan? Don't ask. I don't know too*

 Okay. Stop for a minute and smile.


''Iqa, awak jalan macam ganas lah. Eh, bukan ganas. Tapi, awak jalan macam happy je. Jalan macam tak heran ke orang sekeliling. Macam dunia tak ada masalah.''

Aku taknak cakap sape yang cakap macam ni kat aku. Nanti orang tu cakap dia malu. Hihihihihihi. Well, aku taktahu minggu ni aku jalan macam apa. Macam adik kandung beruk kott. Biasalah kan minggu trial :D


Aku taknak cakap banyak. Saja nak taip entry buat pengubat rindu korang dekat aku. Cit, perasan. Gurau gurau. *Jangan benci aku*



Papai, Assalamualaikum :D


Saturday, 6 August 2011

Dengar sini. Aku nak cerita :(

Assalamualaikum, peeps :)
Hari ni hari ke 7 Ramadhan, masih lagi sihat. Aku pon selsema je ni xD !

 
Semalam aku rasa sedih sangat. Huh. Aku tak tahu kenapa.
Sebenarnya, aku rindu gila kat Khairul Izwan. Rindu gila ah. 
Dia kawan aku yang innocent .________.
Ramai yang tanya siapa dia bagi aku. Kawan adik atau abang.
Even aku dengan dia tak ada pertalian darah, aku anggap dia macam adik aku.


Maaf tak ada gambar dia .______.
Dia hitam manis. Berkaca mata. Murah dengan senyuman.

Aku rapat jugak dengan dia waktu tadika as he always alone.
Aku, Yah memang suka usik dia. Hihihihi.
Ohh, lupa nak cakap. Orang panggil dia Iwan
Waktu tadika kan , dia suka menjodohkan orang.
Dia jodohkan aku dengan sorang budak neh. Lelaki lah pastinya. Boleh tahan comel. Nama? 
Sorry , I didn't remember. Hello! I was only 6 years old little girl :)


 Masuk sekolah rendah, aku dah jarang jumpa dia even kami satu sekolah.
Maybe sebab kitaorang tak satu kelas =='
Tapi, aku ingat waktu darjah 1 kitaorang masuk persembahan Hari Kemerdekaan sama sama. Urghhh, seronok sangat. Nyanyi lah. Menari lah
Waktu tu kecik lagi, apalah erti malu waktu tu. Muehehehehe -_________-


When I was in Standard Three, aku jadi Pengawas Percubaan. 
Gilaaa. Do you believe on it? Tolong ah percaya. Hehehehe :]
Aku jaga kelas Iwan waktu tu .__.
Then, waktu tu aku baru tahu yang dia baru lepas Operation dan kepala dia tak boleh sentuh. Ada kesan kesan jahit. 
Tapi waktu tu budak kelas dia nakal, suka sangat pegang kat tempat jahit tu.
Ada budak perempuan tu cakap dekat aku pasal Iwan.
Aku pon cakap,

'' Jangan ada yang usik kepala Iwan, nanti saya bagitahu cikgu ''

Well, aku memang suka pura pura katang to protect him. Even aku ngeri tengok kesan jahit tu. Lepas tu, Iwan jadi seorang yang naif macam tu.
Kalau ada yang suka usik dia, dia akan cakap macam ni je,

'' Haishhh, jangan lah kacau aku ''
Dia cakap macam tu sambil tunjuk jari kat muka orang tuu.
Iwan, aku ingat lagi cara kau marah sekarang.

Lepas UPSR, aku , Ida(sepupu aku) dengan Iwan suka lepak dekat taman belakang rumah kitaorang. Aku akan baca novel remaja macam tu sambil tengok Iwan dengan Ida borak borak pasal macam macam. Aku rindu nak dengar Iwan cakap,

'' Atiqah! Rajinnya baca buku ''



Bila aku dah masuk sekolah menengah, terus putus hubungan.

Aku ingat lagi,waktu tu aku Form 1 , waktu tu minggu balik.
Aku rasa seronok sangat minggu tu.
Hari tu hari Jumaat. Seronok dapat balik rumah.Hihihihihi.

Bila dah sampai rumah, aku baring baring kejap. Tengok tv lah.
Around pukul 2.30 petang macam tu, Yah telefon.

''Iqa, nampak tak banyak kereta depan rumah kita?''
 
'' A'ah . banyak je. Kenapa ? Ada kenduri ke?''
 
''Iqa, ingat tak lagi Iwan? Dia meninggal petang tadi''  
'' Iwan? Professor? Sumpah kau? Jangan tipu aku wehh."  

'' Tak. Aku tak tipu. Betul. Mak aku cakap ''

Aku terus letak gagang dan bagitahu mak aku. Mak aku cepat cepat siap nak pergi rumah Iwan. Mak aku ajak, tapi aku taknak pergi. Aku tak rasa aku nak pergi :(

Bila mak aku sampai rumah, aku tanya mak aku. Betul ke tu Iwan?
Then, mak aku angguk. Lagi teruk aku menangis waktu tu.
Aku rasa menyesal tak pergi tengok Iwan. Sampai hari ni aku rasa menyesal. Sungguh.

Mak aku cakap,
'' Tadi waktu mak tengok dia, dia nampak tenang je Iqa. Nampak macam tengah tidur je. Mudah mudahan tempat dia kat syurga. Hari ni dah lah hari Jumaat. Petang semalam, mak nampak je dia main basikal depan rumah. Mak dia cakap, dia demam je pagi tadi. Tiba tiba petang ni, Allah dah ambik dia ''

Iwan, InsyaAllah nanti aku ziarah kubur kau. Aku sayang kau. Al-Fatihah.
Dah dua tahun kau tinggalkan dunia ni. Dan dua tahun kebelakangan ni lah , aku cepat je menangis bila aku teringatkan kau :')

Dah. Aku dah banyak menangis. Buat yang tertanya tanya, korang dah dapat jawapannya.Boleh tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk kawan saya?


Ada orang tak ?

 
 
Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa :)
Apa khabar perut anda ?
Sedang mendendanglan lagu apa agaknya?

Nak tahu perut saya nyanyi lagu apa?
Kejap biar saya dengar ,


Haaaaaaa!

Ce teka ce teka :D
 
 
 
 
 
Perut saya sedang Berzikir :)
Ni kan bulan Ramadhan ? :DD
Muehehehe. Jangan marah nanti muka kedut kedut ;)

Topik hari ni kan sebenarnya aku nak cakap pasal Ramadhan.
 
Waktu aku empat lima enam tahun dulu , aku suka mengelat tauu . Aku tak puasa.
Tak puasa bukannya bersebab. Bukannya uzur tua atau uzur perempuan. 
Semuanya sebab aku penat. (Malas sebenarnya)
Muehehehehe. Muka kesian sikit :D

Actually aku balik kampung semalam. From SHAKS straight to Temerloh
Then , sampai je rumah Wan , aku nampak budak berdua ni :D


Ehem ehem , meh nak kenalkan.
Yang perempuan tu Kak Long , namanya Farah Farzana. Nak dekat je kan nama dengan DJ Hot FM tu? Memanglah sesuai , mulut nye pok pek pok pek pok pek pok pek.


Oh , ini yang adik. Fakhrul namanya. Dia handsome.


Percaya tak kalau aku cakap , Kak Long puasa sebab aku?
Muehehe. Sebab tahun lepas aku cakap , kalau tak puasa tak boleh raya.
Ayat standard yang pernah mak aku cakap kat aku dulu-dulu.
 Aku punya takut dulu , sebab tu aku puasa.

Setelah diugut tahun lepas dengan aku yang garang ni,
Then , Kak Long puasa lah. Hoorayyy ! Seronok :D

Waktu kecik dulu, penat sangatlah kononnya. Aku akan baring depan TV, berselimut. Dan mula memujuk mak aku ,

''Mak, Iqa penat lah. Lapar sangat. Sakit perut ni. Boleh tak nak berbuka? Iqa kan kecik lagi. Boleh tak?''

Mak aku mesti bagi punya. Sayang mak sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat . Hihihihi. Lepas makan kuih dan dapat meneguk beberapa baldi gelas air, fulllamakkkk. Memang aktif gilaa lah akuu. Alahai , Iqa oh Iqa . Nakal gilaa -______-

Tapi , tu dulu. Sekarang dah besar. Dulu aku ratu memujuk. Sekarang , aku cuma boleh tengok kerenah adik adik sepupu aku mengasah bakat memujuk untuk bukak puasa. HAHAHAHA. Chaiyokk adik adik :D




 Bila masuk bulan Syawal , aku masih ingat satu insiden kat rumah Wan.
Insiden tu buat aku nak gelakk sampai pecah perut.

I have a very very naughty cousin named Hakim. Sorry takde gambar -_____-

First Syawal tahun berapa entah, waktu tu dia baru darjah 1.
Kita orang tengah berborak dekat ruang tamu , tiba tiba ada orang bagi salam.

''Assalamualaikum ! Kami datang nak beraya''
 
Biasalah budak budak, suka bagi salam ramai ramai. 
Tapi, sebelum tu mesti ada tukang kira.
Macam aku lah tu, mesti aku yang kira satu dua tiga sebelum bagi salam ramai ramai :)

Okay, sambung cerita. Tapi , tiba tiba Hakim berlari dekat beranda.
And , dia cakap , 










'' Balik ! Balik ! Balik ! Balik ! ''



HAHAHA, boleh dia suruh budak budak yang datang tu balik. Haihhh , lawak betul.

Tiba tiba Wan aku cakap , 
 
'' Mesti budak budak tu ingat ah sampai bila bila rumah Wan ni sebab rumah Wan je yang halau dia balik''

Sebelum tu , saya nak tunjuk gambar saya waktu saya mengada taknak puasa.
Gambar muda ye ni :)



Sorry, entry tak menarik. Kbai semua. Doakan saya.

Mak dah cakap , minggu depan Internet off :)