Apakah suratan Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampuanan ku pohon sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang ku menanti dengan hati rela.
Assalamualaikum.
Rasa macam nak nyanyi lagu raya sangat sangat sangat dah ni.
Ketaq ketaq lutut tahan nak nyanyi sangat dah ni. HAHAHA.

Apa khabar kalian? Sihat?
Perut tengah nyanyi lagu apa agaknya? Mesti sibuk mendendangkan lagu raya.
Hari ni dah 19 Ramadhan, sekejap je kan?
Alhamdulillah, tarawih tak tinggal lagi :)
Okay. First sekali , aku nak cakap terima kasih buat siapa siapa je yang sudi melahirkan simpati atau sedekahkan Al-Fatihah buat Iwan lepas baca entry yang ini.
Aku tak berniat untuk tagih simpati siapa siapa. It all depends on the readers. Apa yang kau orang nak cakap, cakap lah. Korang yang menilai. Cuma aku nak cakap,
''berat mata memandang, berat lagi bahu memikul''
Aku yang rasa peritnya. Cukup. Cukup. Aku tak mahu sedih. Tak mahu.
Terima kasih buat yang faham aku. Buat yang jadi sandaran aku. Buat yang ambil berat pasal aku. Aku terharu sebenarnya. *muka serius okay*
Berjuta penghargaan buat dia.
Second, trial PMR. Percubaan. Percubaan memang cubaan untuk diri aku :]

Tiap kali aku sujud di sujud akhir, aku mohon agar Allah tenangkan hati aku. Agar Allah mudahkan aku menjawab soalan.
Tiap kali aku dapat kertas soalan, sambil melawan gugup di hati, aku baca doa. Aku doa sungguh sungguh. Bila Cikgu suruh semak kertas soalan. Aku berhenti sejenak dan aku mulai tenang.
Tiap kali aku rasa bila aku sedang khusyuk menjawab soalan, aku terhenti di soalan yang aku rasa susah. Aku baca surah Alam Nasyrah (melapangkan). Itu pesan mak.
Dengan Nama Allah Yang lagi Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu melakukan sesuatu urusan, maka kerjakan dengan sesungguhnya. Dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap. (Ayat 5-8)
Tiap kali Amir datang untuk kutip kertas periksa. Aku doa pada Allah. Aku katakan aku sudah usaha , aku sudah berdoa. Kali ini, aku hanya tawakal padaMu.
Kini, tinggal 3 kertas lagi. Aku mohon doa kalian.
Okay. Stop for a minute and smile.
*kenapa aku cakap serius semacam je ni? Mesti pelik kan? Don't ask. I don't know too*
Okay. Stop for a minute and smile.
''Iqa, awak jalan macam ganas lah. Eh, bukan ganas. Tapi, awak jalan macam happy je. Jalan macam tak heran ke orang sekeliling. Macam dunia tak ada masalah.''

Aku taknak cakap sape yang cakap macam ni kat aku. Nanti orang tu cakap dia malu. Hihihihihihi. Well, aku taktahu minggu ni aku jalan macam apa. Macam adik kandung beruk kott. Biasalah kan minggu trial :D
Aku taknak cakap banyak. Saja nak taip entry buat pengubat rindu korang dekat aku. Cit, perasan. Gurau gurau. *Jangan benci aku*
Papai, Assalamualaikum :D
No comments:
Post a Comment